Allah berfirman dalam surah Asy Syarh, ayat 5 hingga 6 yang bermaksud, " Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
Dalam setiap masalah, Allah sertakan juga penyelesaiannya. Dalam setiap masalah pasti ada rahsia yang tidak diketahui sesiapa melainkan Allah semata-mata. Yang pasti, kemelut harga minyak yang naik sekurang-kurangnya berfungsi sebagai penghapus dosa golongan yang beriman. Mungkin semasa kita senang, kita tidak berapa ingat kepada Allah. Apabila harga minyak masih murah, kita mungkin mewah serba-serbi. Namun, kita lalai dalam banyak perkara. Ibadat kita kurang. Masjid-masjid kita tersergam indah tetapi sepi daripada pengunjung. Kita tidak berdoa dengan bersungguh-sungguh mengikut tertib yang telah diajar oleh Nabi Muhammad. Kita melupakan golongan daif dan yang memerlukan. Golongan pekerja cuma menjadi alat untuk membantu golongan kapitalis bagi menambah untung.
Kita tidak akan mampu memikirkan cara bagaimana Allah membantu kita menyelesaikan kemelut harga minyak naik. Tidak semestinya dengan harga minyak itu turun. Tidak semestinya juga dengan kerajaan memberi subsidi kepada semua orang. Dan tidak semestinya dengan harga barang dikawal.
Dalam kesukaran yang ditimbulkan oleh harga minyak naik, terdapat kemudahan yang Allah berikan. Terlalu banyak cara untuk Allah membantu. Ilmu Allah Maha Luas. Tidak sukar bagi Allah mencetuskan cara untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh harga minyak naik. Yang pentingnya kita kembali kepada Allah. Kita ingat kepada Allah semasa kita susah mahupun senang. Ini kerana Allah ingat kepada kita apabila kita susah jika kita ingat kepada Allah apabila kita senang. Dan Allah ingat kepada kita apabila kita senang jika kita ingat kepada Allah apabila kita susah. Namun cara kita ingat kepada Allah perlu sesuai dengan kehendak Allah melalui ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

No comments:
Post a Comment