BINTULU 19 Jun - Persatuan Bas Sekolah Bintulu (BSBA) tetap meneruskan hasratnya untuk menaikkan tambang bas sekolah di antara 10 hingga 40 peratus mulai penghujung bulan ini.
Malah persatuan itu dengan beraninya mengugut untuk menghentikan operasi mereka secara serta-merta jika rancangan itu dihalang.
Pengerusinya, Doris Daha Bujang berkata, BSBA juga bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko termasuk ditangkap pihak berkuasa akibat menaikkan kadar tambang.
Beliau berkata, pendirian tegas itu diambil demi menjaga kebajikan serta mengurangkan bebanan yang ditanggung ahli-ahlinya terutama selepas kenaikan harga bahan api baru-baru ini.
"Kita tidak pernah berpeluang membeli minyak subsidi untuk kenderaan ahli persatuan meskipun permohonan sudah dibuat beberapa kali sejak 2005."
"Justeru, kami tidak mempunyai banyak pilihan selain menaikkan kadar tambang meskipun ia tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa yang berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Menurut Doris, ahli-ahli BSBA membayar sebanyak RM2.70 dan RM2.53 masing-masing bagi seliter minyak petrol dan diesel.
"Mana ada subsidi minyak, tambah lagi dengan kos penyelenggaraan kenderaan yang semakin meningkat, perkara ini merunsingkan ahli-ahli BSBA," katanya.
Sehubungan itu katanya, ahli BSBA sepakat untuk menaikkan kadar tambang bagi mengatasi kenaikan kos yang membelenggu mereka selama ini.
"Jika ada di antara ahli persatuan yang ditahan pihak berkuasa, kami sudah bersedia untuk menghentikan operasi," katanya.
Seorang ahli BSBA, Tuai Rumah Entali Ampin, 43, berkata, setakat ini beliau masih belum lagi menikmati subsidi minyak untuk bas sekolah meskipun sudah mendapat kad fleet.
"Sepatutnya saya layak mendapat subsidi minyak, tetapi saya masih juga membeli minyak dengan harga yang sama dengan orang awam lain.
"Malah, saya tidak pernah diberikan nombor pin untuk kad tersebut. Jadi ia tidak memberi sebarang makna kepada saya," katanya.
Seorang pengusaha bas sekolah di Kidurong, Loke Hong berkata, langkah menaikkan kadar tambang bas sekolah bertujuan menjaga kebajikan pengusaha-pengusaha bas sekolah di bahagian itu.
"Kalau tidak, kita akan gulung tikar dan Bintulu mungkin menjadi bandar pertama di Sarawak yang tidak mempunyai perkhidmatan bas sekolah," katanya.
Menurutnya, mereka tidak mampu menanggung peningkatan kos yang mendadak ini terutama dalam keadaan semua harga barang mengalami kenaikan harga ketika ini.
Oleh Sumi Maleng
Dipetik dari Utusan Online, 20 Jun 2008
Komen
Di Bintulu tiada tol. Namun mereka boleh meminta supaya dikecualikan dari cukai import, cukai eksais dan cukai jualan ke atas bas atau van sekolah serta alat ganti dan tayar yang berkaitan. Selain itu mereka juga boleh meminta supaya diperuntukkan AP ke atas bas atau van sekolah serta alat ganti dan tayar yang diimport sendiri.

No comments:
Post a Comment