Friday, June 27, 2008

Presiden PAS Cadang Gaji Minima, Elak Kebanjiran Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS Marang) hari ini mencadangkan agar kerajaan menerima cadangan MTUC untuk menetapkan gaji minima bagi mengekang kebanjiran tenagas kerja asing di Malaysia.

Semasa bagun bagi mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Manusia, Dr S Subramaniam (BN Segamat), Presiden PAS berkata, pelaksanaan gaji minimum boleh menarik minta warga tempatan bekerja di sektor tertentu yang kini didominasi oleh warga asing.

Ujarnya lagi, dengan keadaan kos hidup yang meningkat hari ini berikutan kenaikan harga minyak dan barangan, kerajaan perlu memastikan akta gaji minimum ini dilulus dan dilaksanakan.

Sementara itu menjawab soalan itu, Dr Subramaniam berkata, kerajaan kini sedang mengkaji peruntukan gaji minimum tersebut.

Namun keadaan tertentu di beberapa sektor pekerjaan di negara ini menyebabkan pengambilan pekerja asing tidak boleh dielak.

Namun beliau turut berkata, dalam sektor tertentu tidak dinafikan adanya masalah berhubung gaji yang terlalu rendah yang menyebabkan ia hanya diisi oleh pekerja asing.

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
Dipetik dari laman Harakahdaily

Komen

Walaupun harga petrol berada di sekitar RM7.15 seliter di Jerman, namun jurutera tanpa pengalaman kerja dibayar sekitar RM14,000 sebulan.

Menetapkan gaji minima RM900 atau RM1500 tidak mencukupi. Gaji minima di sekitar RM4500 lebih sesuai untuk suasana bisnes di Malaysia. Ini kerana pendapatan purata rakyat yang lebih tinggi membantu merancakkan ekonomi negara. Rakyat mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanja apabila pendapatan purata rakyat yang lebih tinggi. Kerajaan dapat mengutip lebih banyak cukai apabila bisnes rancak. Bisnes yang rancak juga membuka lebih banyak peluang kerja.

Polisi imigran kita amat longgar. UK mensyaratkan sesiapa yang ingin bekerja di negara itu mempunyai markah merit yang mencukupi. Di antaranya ialah kadar gaji semasa, umur dan pendidikan. Namun di Malaysia ada pekerja asing yang berasa terlalu sukar untuk menulis dan membaca walaupun dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Untuk suasana Malaysia, kita boleh mensyaratkan orang asing yang ingin bekerja di negara ini dalam kategori bukan eksekutif supaya mempunyai sekurang-kurangnya ijazah daripada IPT di Malaysia. Dengan cara itu, kita boleh meningkatkan rating IPT di Malaysia di peringkat dunia. Bayangkan sejuta orang warga asing dari pelbagai negara yang menuntut di IPT di Malaysia. Banyak lagi manfaat lain yang akan diperolehi. Salah satunya ialah kita mendapat tenaga kerja yang educated. Pembantu kedai, pekerja ladang dan pembantu rumah mempunyai ijazah dari IPT di Malaysia. Ini penting untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara k-ekonomi pada masa depan.

No comments: