Membenarkan kakitangan awam bekerja atau menjalankan bisnes secara sambilan nampak seperti dapat menyelesaikan masalah harga minyak dan makanan naik. Mereka mendapat wang tambahan untuk menyara keluarga. Yang lebih boleh disimpan. Apabila kita membenarkan mereka bekerja atau menjalankan bisnes secara sambilan, mereka akan menggunakan masa kira-kira 3 hingga 5 jam sehari untuk tujuan itu. Mudah bukan? Itu jika harga petrol naik daripada RM1.92 seliter kepada RM2.70 seliter. Bagaimana jika harga petrol naik lagi sehingga RM3.83 seliter? Apakah mereka perlu bekerja atau menjalankan bisnes secara sambilan sehingga 6 hingga 10 jam sehari?
Oh ya. Ada yang berkata, harga minyak tidak akan dinaikkan lagi selepas ini. Bolehkah dipercaya dakwaan ini?
Apabila kakitangan awam bekerja atau menjalankan bisnes secara sambilan, kakitangan swasta pun akan melakukan tindakan yang sama. Bolehkah majikan membenarkannya? Bekerja atau menjalankan bisnes secara sambilan menghilangkan tumpuan pekerja terhadap tanggungjawab sebenar di tempat kerja. Prestasi pekerja akan terjejas. Soalnya bolehkah majikan swasta berkompromi dengan prestasi pekerja yang menurun?

No comments:
Post a Comment