Monday, June 23, 2008

Biasiswa Master/PhD di Curtin University of Technology

Endeavour International Postgraduate Research Scholarship (EIPRS) ialah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang ingin menyambung belajar di Curtin University of Technology dalam tahun 2009 untuk program master dan PhD melalui penyelidikan.

Biasiswa ini menyediakan:

1. Yuran pengajian selama dua tahun untuk program master melalui penyelidikan dan tiga tahun untuk program PhD
2. Perlindungan kesihatan untuk pelajar antarabangsa (OSHC) untuk penerima biasiswa dan tanggungannya di sepanjang tempoh biasiswa.
3. Biasiswa Curtin University of Technology peringkat lepas ijazah (CUPS) mengandungi elaun sara hidup sebanyak AUD20,007 (bebas cukai)

Syarat kelayakan:

Biasiswa ini terbuka kepada rakyat mana-mana Negara kecuali New Zealand.
Biasiswa diberi berasaskan merit dan keupayaan untuk menjalankan penyelidikan kepada calon-calon pelbagai negara yang dapat memulakan kursus dalam tahun 2009 di Curtin University of Technology.

Tarikh permohonan dibuka : 1 Jun, 2008
Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos, 2008

Maklumat mengenai syarat kelayakan boleh didapati dari laman ini

Maklumat lanjut:

Borang permohonan boleh didapati dari laman web Curtin University of Technology di antara 1 Jun 2008 dan 31 Ogos 2008 atau dengan menghubungi:

Office of Research & Development
Curtin University of Technology
GPO Box U1987
PERTH WA 6845
Australia

Telefon : (08) 9266 4905
Faks : (08) 9266 3793
E-mel: scholarships@curtin.edu.au

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini

No comments: