Friday, June 13, 2008

Pergi Kerja Tanpa Gaji......

Dipetik dari blog Stance of Muslimah
"Salam dan marhaban,

Sepatutnya hari ini adalah hari ke-4 saya berkerja di sebuah syarikat besar pembekal Satelit Service di Shah Alam sebagai Legal Advisor.Saya mengambil kata putus untuk berhenti dari menjadi peguam kerana gaji peguam perempuan melayu seperti saya masih ditakuk lama.

Hari pertama saya bekerja pada 9.6.2008 barulah saya tahu keadaan sebenar yang berlaku disebalik gahnya syarikat ini.Itupun setelah saya menandatangani offer letter bagi membolehkan saya mula bekerja dan membuka dokumen-dokumen sulit.

Hari pertama itu jugalah para pekerja keluar masuk ke dalam bilik saya tanpa putus-putus.Menyerahkan surat tindakan dari Pejabat Buruh ke atas syarikat tersebut.Mereka telah ambil tindakan terhadap syarikat kerana gaji mereka sudah tidak dibayar 2 bulan.Ada sampai mencecah 4 bulan.

Antara luahan-luahan hati pekerja ini ketika menyerahkan surat tersebut ialah mereka sampai tidak punyai wang untuk datang ke pejabat,anak isteri perlu ditanggung dan mereka pula terikat dengan kontrak untuk 2 tahun.

Seorang executive wanita datang kepada saya dengan perut memboyot menunggu masa untuk melahirkan anaknya.Pun memerlukan gajinya selama 2 bulan itu untuk membeli persiapan menyambut anak sulung pada bulan Julai ini.

Bayangkan lagi perasan saya apabila saya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas mereka semua yang terpaksa berhenti kerja dengan notice 24 jam kerana sudah tidak mampu untuk bekerja tanpa gaji.

Jadi saya sendiri berhenti TANPA Notis 24 jam.Hari itulah hari pertama dan hari terakhir saya.

Berapa ramai lagi pekerja swasta yang menanggung nasib yang sama? "

No comments: