Sunday, June 1, 2008

Biasiswa MBA Untuk Wanita di Simmons College

Simmons College ialah sebuah universiti swasta yang terletak di Boston, Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan dalam tahun 1899. Keseluruhan pelajar peringkat ijazah ialah wanita. Walau bagaimanapun, program-program peringkat master menerima pelajar lelaki.

Simmons College menyediakan beberapa biasiswa untuk pelajar wanita di peringkat MBA. Calon-calon akan dipertimbangkan untuk beberapa biasiswa yang beasaskan merit apabila memohon untuk memasuki program MBA di Simmons College. Biasiswa diberikan kepada pelajar berasaskan kepada pencapaian akademik, pengalaman kerja dan potensi kepimpinan.

Sebanyak dua biasiswa Simmons Leadership Scholars Award disediakan untuk pelajar MBA wanita sepenuh masa. Manakala satu biasiswa Simmons Leadership Scholars Award disediakan untuk pelajar wanita dari program 18 bulan (kemasukan Januari sahaja). Kelayakan asas termasuk, GPA 3.5, markah GMAT 580 dan pengalaman kerja selama 5 tahun. Jumlah biasiswa ialah perlepasan dari keseluruhan yuran pengajian.

Biasiswa Judith Abrams disediakan untuk pelajar MBA yang merancang untuk menukar kerja setelah bergraduat dari Simmons College.

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman program MBA di Simmons College.

No comments: