Thursday, June 26, 2008

Pengusaha Bas Harap Tambahan Subsidi Minyak

MELAKA : Pengusaha perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres di Melaka amat berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meluluskan permohonan mereka mendapatkan tambahan kuota subsidi minyak, dalam minggu ini atau awal minggu depan.Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Negeri Melaka, Razali Endun berkata, kuota yang diperuntukan antara 35 dan 60 peratus daripada keperluan sebenar setakat ini tidak mencukupi bagi menampung operasi perkhidmatan.

"Tambahan kuota subsidi diesel diperlukan bagi memulihkan operasi kami yang kini dalam keadaan 'tenat' berikutan kenaikan harga diesel," katanya ketika dihubungi semalam.

Pada Rabu lepas, Razali mendedahkan pengusaha berada dalam keadaan 'tenat' berikutan kenaikan harga minyak dan kenaikan kos lain seperti alat ganti dan penyelenggaraan yang boleh menjejaskan perkhidmatan kepada orang ramai.

Persatuan itu dianggotai 10 syarikat bas henti-henti dan tiga syarikat bas ekspres dengan jumlah keseluruhan bas 250 buah.

Razali berkata, persatuan juga memohon kepada kementerian itu supaya pembelian di stesen minyak mengikut harga subsidi bukannya hujung bulan baru diberi rebat sebagaimana sekarang.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menunggu keputusan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terhadap permohonan kenaikan tambang bas.

Dipetik dari laman Utusan Online, 19 Jun 2008

Komen

Pengusaha perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres di Melaka juga perlu berharap supaya bas serta alat ganti dan tayar yang mereka import sendiri dikecualikan dari cukai import, cukai eksais dan cukai jualan. Selain itu, mereka itu perlu berharap supaya bas henti-henti dan ekspres dikecualikan dari tol. Peruntukan AP untuk bas serta alat ganti dan tayar mengikut bas yang dimiliki kepada mereka sangat berharga.

No comments: