Keperluan pada tahap yang lebih tinggi dalam Hirarki Keperluan Abraham Maslow hanya akan menjadi prioriti apabila keperluan pada tahap yang lebih rendah dipenuhi sepenuhnya. Apabila keperluan pada satu tahap belum dipenuhi, individu itu tidak akan memberi tumpuan kepada keperluan pada tahap seterusnya dalam hirarki. Pekerja yang sentiasa bergelut dengan kemelut untuk memenuhi keperluan fisiologi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal akan lebih menumpukan perhatian untuk perkara-perkara itu. Dia hanya akan memberi lebih tumpuan terhadap kerja apabila keperluan fisiologi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal sudah dipenuhi. Apabila keadaan ini berterusan, bagaimanakah pekerja itu akan berubah. Keperluan fisiologi mempengaruhi fikiran dan tingkahlaku manusia.
Apabila keperluan pada tahap yang lebih rendah tidak dipenuhi, individu akan mengalih tumpuan terhadap keperluan itu. Walaupun ia berlaku secara sementara, namun ia tetap menurunkan prioriti individu terhadap memenuhi keperluan pada tahap yang lebih rendah. Sebagai contoh, seorang pegawai kanan sebuah syarikat yang telah mencapai self-esteem yang tersendiri dan dihormati oleh orang lain yang turut menerima kesan kenaikan harga minyak akan merasa kedudukan kewangannya terancam. Ia akan meningkatkan peratus masa peribadinya untuk mengukuhkan kewangan diri. Aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan menjadi pilihan utama untuk menyelesaikan kemelut diri yang sedang berlaku. Walaupun ia masih menghargai prestasi kerjanya, namun fokus utamanya sudah berubah.

No comments:
Post a Comment