Topik mengenai sama ada kakitangan sektor awam boleh bekerja sambilan untuk menambah pendapatan bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat berikutan dengan harga minyak dan makanan yang meningkat nampaknya semakin menyepi dalam akhbar-akhbar tempatan. Adakah isu ini menyepi kerana ia sudah selesai atau sengaja didiamkan?
Apabila ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju, pekerja yang bermotivasi sangat penting. Perkara-perkara lain yang tidak kurang kritikalnya ialah sifat amanah dan mahir serta berpengetahuan dalam bidang tugas yang dilakukan. Kakitangan sektor awam memang diketahui kurang bermotivasi dalam soal kerja. Walaupun bukan semua, namun prestasi kerja mereka menjadi rungutan orang ramai. Apabila kos sara hidup yang meningkat berikutan dengan harga minyak dan makanan yang meningkat, lebih-lebih lagilah mereka akan hilang fokus. Perkara-perkara asas seperti makan, pakaian, tempat tinggal dan kos tambang mengalih tumpuan mereka terhadap kerja. Waktu kerja akan dijadikan medan untuk menjalankan bisnes atau cuma berborak-borak kosong mengenai masalah yang melanda. Kakitangan sektor swasta juga tidak terkecuali terkena tempias kos sara hidup yang meningkat berikutan dengan harga minyak dan makanan yang meningkat.
Akhbar The Star Online 17 Jun 2008 memaparkan kisah tentang ibubapa miskin yang menggantikan susu tepung untuk anak mereka dengan susu pekat manis. Bahkan ada juga yang memberi anak mereka minum kopi atau teh. Hey, apa ini? Bukankah kita mahu menjadi negara maju menjelang 2020?
Nampaknya kita bukan menuju ke arah negara maju. Tetapi sebaliknya. Entah-entah 20 tahun lagi Zimbabwe dan Botswana akan jauh meninggalkan kita dari segi pembangunan. Blog Stance of Muslimah menyatakan bahawa "kesan kenaikan harga minyak ini rupa-rupanya jauh lebih menzalimi kanak-kanak dan bayi terutama daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin. Perkembangan mutakhir yang menunjukkan bahawa kanak-kanak dan bayi Malaysia mungkin menghampiri situasi malnutrisi atau kekurangan nutrisi akibat kesempitan hidup." Malnutrisi di Malaysia menjelang 2020? Ia suatu kemungkinan.
Harga susu tepung meningkat sebanyak 80% dalam tempoh 2 tahun. Ada jenama yang harganya bertambah daripada RM9 untuk setiap tin 650g kepada RM16.50.
Yang ironisnya ialah, rakyat ditekan supaya menerima harga minyak yang semakin bergerak untuk menyamai harga yang dijual di negara maju. Namun, rakyat tidak pernah ditekan supaya menerima kadar gaji negara maju.
Mungkin ada yang mengatakan harga minyak di Jerman €1.43 yang bersamaan dengan RM 7.15 sudah tinggi. Justeru, harga minyak di Malaysia masih rendah. Kita tidak boleh membandingkan apel dengan oren. Gaji pekerja di Jerman tinggi. Umpamanya, jurutera baru diberi gaji antara €2800 - €3000 sebulan. Ini bersamaan dengan RM14,000 sebulan.
Pekerja di negara maju mendapat gaji tinggi tetapi negara mereka terus maju. Sebaliknya, kita terlampau berkira sangat dengan soal gaji dan manfaat untuk pekerja tetapi kita tidak maju-maju juga. Inilah yang harus kita fikir-fikirkan.

No comments:
Post a Comment