Ibnu Hisyam Al Ansori ialah seorang pakar nahu bahasa Arab yang terkenal. Dia pernah hampir kecewa kerana daya hafalannya lemah.
Pada suatu hari dia terpandang seekor semut yang sedang memanjat dinding. Ketika itu dia sedang mengulangkaji pelajarannya. Semut itu memanjat dinding sambil membawa makanan. Ia membawa makanan untuk dihantar ke sarangnya. Dinding itu sangat licin. Justeru, semut itu seringkali terjatuh ketika sedang membawa makanan. Semut itu terjatuh bukan sekali. Bahkan berkali-kali. Walaupun seringkali terjatuh, namun semut itu terus berusaha supaya ia dapat menghantar makanan yang dibawanya itu ke sarang. Semut itu mencuba berbagai cara sehingga ia berjaya sampai ke destinasinya.
Ibnu Hisyam Al Ansori asyik memerhatikan gelagat semut itu yang mencuba berkali-kali untuk membawa makanan tanpa terjatuh. Ibnu Hisyam memerhatikan semut itu dari mula ia berusaha sehinggalah ia berjaya. Gelagat semut itu memberikan Ibnu Hisyam idea baru. Gelagat semut itu mengajar Ibnu Hisyam satu perkara yang amat penting. Semut yang kecil itu boleh berusaha berkali-kali sampai ia berjaya menghantar makanan ke sarang tanpa terjatuh. Ibnu Hisyam berfikir, kalau semut yang kecil itu boleh berjaya, kenapa dia tidak boleh.
Semenjak itu Ibnu Hisyam mengikhlaskan niat untuk berjaya memperbaiki mutu hafalannya. Dia menjadi lebih tekun dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajarannya. Ibnu Hisyam berjaya akhirnya. Berkat usahanya, Ibnu Hisyam kemudiannya dikenali sebagai seorang pakar nahu yang terbilang.

No comments:
Post a Comment