Saturday, June 7, 2008

FOMCA Pulau Pinang Seru Cukai Import Bas dan Alat Gantinya Dihapuskan

Akhbar The Star 8 Jun 2008 melaporkan tentang Presiden FOMCA Pulau Pinang, K Koris yang menyeru supaya kerajaan menghapuskan cukai import bas dan alat gantinya sekali supaya tambang bas menjadi lebih berpatutan. Menghapuskan cukai import dan alat ganti bas bertujuan untuk mengelakkan syarikat bas menyalurkan kos mengendali bisnes bas kepada pengguna. Menurutnya, tanggungjawab sosial kerajaan ialah menyediakan perkhidmatan bas yang mampu dinikmati oleh pengguna. Insentif yang menarik mendorong syarikat bas mengekalkan harga bas yang berpatutan walaupun harga minyak naik.

Setakat ini beberapa syarikat bas telah menaikkan tambang masing-masing di antara RM5-RM10.

Komen

Tambang pengangkutan awam (termasuk bas/van sekolah) dapat diturunkan dengan cara berikut :

1. Menghapuskan kesemua cukai import, cukai eksais dan cukai jualan ke atas semua kenderaan dan komponen kenderaan yang akan dijadikan pengangkutan awam

2. Menghapuskan sistem AP ke atas import kenderaan yang akan dijadikan pengangkutan awam

3. Mengurangkan harga minyak kepada semua golongan

4. Mengadakan suatu mekanisma untuk mengurangkan harga barang dan meningkatkan kuasa beli semua golongan

5. Menghapuskan tol untuk pengangkutan awam

6. Menghapuskan kesemua cukai pendapatan atau cukai korporat kepada individu atau syarikat yang terlibat secara langsung dengan pengangkutan awam

7. Mengadakan sistem menyenggara pengangkutan awam berkos rendah dan lain-lain lagi

No comments: