Tuesday, June 17, 2008

Biasiswa PhD di Universiti Zhejiang, China

Universiti Zhejiang terletak di bandar Hangzhou, 180 kmdari Shanghai, China. Bandar Zhejiang ialah ibu negeri wilayah Zhejiang. Universiti Zhejiang menawarkan 283 program doktor falsafah dalam bidang sastera, sejarah, pendidikan, ekonomi, pengurusan, undang-undang, falsafah, sains, kejuruteraan, pertanian dan perubatan. Pada masa ini Universiti Zhejiang mempunyai 22900 pelajar peingkat bacelor sepenuh masa. Ia juga mempunyai lebih dari 15700 pelajar master dan 6600 pelajar doktor falsafah. Pelajar pelbagai negara ialah seramai 1700 orang.

Kerajaan Republik Rakyat China dan Universiti Zhejiang menyediakan sebanyak 60 biasiswa PhD untuk pelajar-pelajar antarabangsa. Tarikh tutup ialah pada 20 September 2008 untuk kemasukan pada musim luruh 2009. Pemegang biasiswa akan dikecualikan dari membayar yuran pengajian, yuran pendaftaran, yuran makmal, latihan praktik, bahan pengajaran dan penginapan. Setiap pelajar akan menerima elaun bulanan sebanyak CNY1400 sebulan. Dia juga akan menerima manfaat perubatan sebanyak CNY600 setahun. Manfaat lain ialah elaun perpindahan sebanak CNY600 yang akan dibayar selepas mendaftar. Program dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Syarat kelayakan

1. Bukan rakyat Republik Rakyat China
2. Mempunyai taraf kesihatan yang baik
3. Berumur bawah 40 tahun
4. Mempunyai rekod akademik yang kompetitif
5. Mempunyai keupayaan untuk menjalankan penyelidikan saintifik
6. Tidak menerima sebarang bentuk biasiswa lain
7. Mempunyai ijazah master

Setiap permohonan mesti disertakan dengan Borang Permohonan Biasiswa Kerajaan Republik Rakyat China. Borang ini boleh didapati dengan menghubungi pihak Universiti Zhejiang.

Jika pemohon sedang belajar atau sudah bekerja, pemohon dikehendaki menyediakan dokumen pengesahan sebagai pelajar atau pekerja. Dokumen ini mesti disertakan dengan terjemahan dalam bahasa Mandarin.

Pemohon juga perlu mengemukakan salinan sijil peringkat ijazah dan master. Dokumen ini mesti disertakan dengan terjemahan dalam bahasa Mandarin.

Pemohon juga perlu menyediakan proposal penyelidikan sepanjang 800 patah perkataan sama ada dalam bahasa Inggeris atau Mandarin. Selain itu pemohon juga perlu menyediakan surat sokongan dari dua orang profesor atau profesor madya dalam bahasa Inggeris atau Mandarin. Pemohon juga perlu menghantar sekeping gambar bersaiz pasport dan sekeping foto terbaru bersaiz 35 mm x 45 mm dengan latarbelakang putih. Kertas akademik yang telah diterbitkan atau lain-lain pencapaian akademik sangat membantu. Keperluan lain ialah salinan foto Foreigner Physical Examination Form yang dikeluarkan oleh pihak kuarantin Republik Rakyat China. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan mestilah meliputi kesemua perkara dalam Foreigner Physical Examination Form itu. Foreigner Physical Examination Form hanya akan diterima apabila ia lengkap, mempunyai tandatangan doktor, cop rasmi hospital dan gambar pemohon yang telah diseal.

Permohonan yang lengkap mesti sampai kepada pihak Universiti Zhejiang sebelum 20 September 2008. Bahan-bahan yang telah dihantar tidak akan dipulangkan kembali.

Program yang ditawarkan ialah program PhD utama di Universiti Zhejiang. Pemohon digalakkan untuk menghubungi bakal supervisor di Universiti Zhejiang sebelum memohon. Surat sokongan mereka diperlukan apabila memohon.

Untuk maklumat lanjut, hubungi
Mr. YI Honghui
International College of Zhejiang University,
Office of Degree Student Affairs,
International College,
Room 229,
No. 31 Dorm,
Yuquan Campus,
Zhejiang University,
Hangzhou City,
Zhejiang Province,
China

Alamat pos

P.O. Box W-99,
International College,
Yuquan Campus,
Zhejiang University,
Hangzhou City,
Zhejiang Province,
China 310027

Emel: zjuyhh@zju.edu.cn
Tel: +86 571 87953101
Faks: +86 571 87951755

1 comment:

Edy Cenna said...

Salam Sejahtera...

Adakah saudara merupakan pelajar di Zhejiang University??

Saya dari Universiti Teknologi Malaysia berminat untuk melawat ke Zhejiang University...

Bagaimana saya boleh mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang University tersebut dan siapa yang boleh saya hubungi untuk mendapat maklumat lanjut???

kerjasama anda amat di hargai...